Lagu Untuk Ummi

Situs: liriknasyid.com
Album: Sahaja Aku Mencintai-Mu
Munsyid: Dua
Bila pagi menerpa ceria
Ditemani cahaya suria
Seindah kasihmu
Semarak cintamu ku bahagia

Ummi aku sayang padamu
Sayangku tiada tolak bahaginya
Hanya untukmu
Hanya untukmu ku cipta

Ini lagu untuk Ummi
Terima kasih
Segala jasamu takkan lupa
Ini lagu untuk Ummi
Ummi dengarkanlah
Sayang cinta padamu
Sampai bila-bila

Ku dibelai ku dimanja
Ku dipujuk saat berduka
Ummi lah teman
Ummi tiada penggantinya

Ku bersyukur pada yang Esa
Inilah bukti kasih sayang-Nya
Terciptanya Ummi
Anugerah paling berharga

Redha Ummi Redha Allah jua
Redha Ummilah kunci ke syurga

Ummi restuilah anakmu ini
Ummi doakanlah anakmu berjaya
Ummi restuilah anakmu ini
Ummi doakanlah anakmu bahagia
Dunia Akhirat!

Source: http://www.lagubestbest.com/2012/07/lagu-untuk-ummi-dua-feat-al-kautsar.html#ixzz2PMHEv7p0
03/04/2013   ambil lirik   8241 klik