Arus Ini

Situs: liriknasyid.com
Munsyid: Mestica
Arus ini sungai kehidupan
Arus ini sungai perjuangan
Arus ini sungai kejadian
Arus ini sungai kematian

Arus ini jangan diremehkan
Arus ini jangan dipayahkan
Arus ini jangan dimudahkan
Arus ini jangan disusahkan

Arus sungai mengalir dari hulu ke hilir
Membawa muatan lumpur kelikir
Arus hidup meniti dari subuh ke senja
Membawa bekalan dosa dan pahala

Arus angin menyisir dari dahan ke ranting
Menyubur tanaman menyajikan makanan
Arus nafsu memungkir kata dan janji
Menyimpang manusia jauh dari Tuhan

Arus ini sungai kemajuan
Arus ini sungai pengorbanan
Arus ini sungai kebajikan
Arus ini sungai keimanan

Lagu : ITO Lara (Gurindam Entertainment Sdn. Bhd.)
Lirik : ITO Lara (Gurindam Entertainment Sdn. Bhd.)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.
Penerbit : ITO Lara / Isman Isam
Program Muzik : Trabye
01/09/2004   ambil lirik   7910 klik

Nasyid yang mungkin berhubungan:...
Senandung Aidil Fitri Semerbak Aidil Fitri Joget Lebaran Minal 'aidin Wal Faizin Kerana Cinta