Anshar Muhajirin

Situs: liriknasyid.com
Munsyid: Muadz Dzulkifli Al-Masaar
Nadi dan asma’ beriringan dalam bahasa yang sama
Melihat ke depan dengan pandangan tulus
Memandang ke belakang dengan fikiran dan basir yang jerlus
Melingkari kerajaan hati dalam keadaan yang sangat lurus
Menjelma rasa sedih yang amat
Tanah yang menemukan anak dan isteri ditinggalkan…
Al Mukarramah…
Pasti suatu hari nanti akan kembali membawa kejayaan…
Insya Allah…

Ansar muhajirin…

Kau sambutlah kami dengan doa
Dan kami pun dating dengan iman

Kami bukakan pintu kota yang lama tertutup
Dan kami bukakan pintu hati menyambutmu
Semoga kita bias menentukan satu kekuatan lambing keimanan
Hanyalah cinta kudus yang membawa jalan lurus

Dalam perjalanan yang penuh debu-debu
Kehausannya merupakan satu peluru
Yang bias menangkis segala dugaan yang dating meluru
Perisai itu tak bias lebur

Kibarkanlah panji-panji
Menyambung cinta suci
Kami bawakan untuk diuji
Segala kekosongan kan terisi

Sambut tanganku
Genggam keimanan
Hulur tanganmu
Jangan terlepas

"المؤمن للمؤمن كالبنيان يشد بعضه بعضاً"

(Mukmin terhadap mukmin yang lain ibarat batu-bata binaan yang saling memperkukuh satu sama lain)


Aku datang bukan kerana lari dari kelemahan
Ataupun lari dari tekanan yang dating bertubi-tubi
Aku dating kerana ingin mengukuhkan seala kekurangan
Yang ada dalam diriku ini

Peganglah pada kalimah ini
Semoga hati tidak terkunci
Kerana kunci adalah hati
Andai terkunci hati kan mati
Pengirim : shakti_farhat
Sumber: http://www.ukhuwah.com
18/10/2008   ambil lirik   10499 klik

Nasyid yang mungkin berhubungan:...
The Wayfarers Hawa Tautan Hati Tautan Hati Tautan Agung