Sesekali

Situs: liriknasyid.com
Album: Melakar Cinta Di Pintu Syurga
Munsyid: Wildan
sesekali kita perlu derita
sesekali kita perlu kecewa
untuk kita mengenali erti bahagia
untuk kita mengenali erti berjaya

sesekali kita perlu menangis
sesekali kita perlu terhiris
untuk kita mensyukuri nikmat yang di beri
untuk kita mengenali diri sendiri

ujian yang datang menguji kesabaran
perlu keimanan dan ketakwaan
sebagai hamba kepada Tuhan kita harus bertahan
jalan ke syurga penuh dengan likuannya
penuh dugaan dan rintangannya
hanya yang cekal dan yang tabah
pastikan menemuinya

masihkah lagi mahu menghitung
sedikit mehnahNya
jika dibanding dengan selaut rahmat dan nikmatnya
seharusnya kita rasa bersyukur dan berlapang dada
itulah tanda kasih sayang Allah
kerana kita sering terlupa
pohonkan doa kepada Tuhan
agar beroleh keredhaan
Pengirim : awan_biru
10/02/2008   ambil lirik   6891 klik

Nasyid yang mungkin berhubungan:...
Kau Permata Bunga Kasih Bertangkai Duri Di Pusara Bonda Wajah Di Hati Setia Seorang Isteri