Cahaya Cinta
Situs: liriknasyid.com
Album: Satu tekad
Munsyid: Unic
wait ...
Desiran angin yang bertiup
Membawa bersama khabaran rindu
Membisikkan kata-kata
Menjelmakan cintaku padanya
Cintamu tulus setia
Kasihmu tiada tara
Bertakhta buat selamanya
Di tugu kasih dan sayang
Kau ukirkan keimanan
Moga bertemu keredhaan
Gemilang cahaya cinta
Kemilau pancawarnanya
Bagaikan kejora
Kudus sinarannya mendamai jiwa
Apakah kan ku temui
Insan semulia pekerti
Setandingmu kasih
Di alam semesta yang fana ini
Ku serahkan kepada Tuhan
Sebuah harapan bernama doa
Membisikkan kata-kata
Menjelmakan rinduku padanya
Kepadanya...
Semoga kan menyala api cinta setia
Terus membara selamanya
Cahaya cinta kekasih Allah
Sinarannya buat semua
Durasi: 4.44 minit
Senilagu: Hafiz (Hijjaz Records)
Senikata: Hafiz & Frizdan (Hijjaz Records)
Hakcipta: Hijjaz Records Sdn. Bhd.
Penerbit: Isman Nadim Isam
Pengirim : sutrajihad
Nasyid yang mungkin berhubungan:...
Kerana Ku Cinta
Ku Berserah
Senandung Aidil Fitri
Semerbak Aidil Fitri
Joget Lebaran