Bertemu Semula

Situs: liriknasyid.com
Album: Single
Munsyid: REUNIC, UNIC, Hafiz Hamidun, Fadzli Aziz
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Itulah lumrahnya
Sukma di dera
Sepi menyapa
Dan rindu menyiksa

Haruskah luka
Dibiar saja
Membarah di dada
Sembuhkan ia
Dngan setelus benih kemaafan

Cinta telah menzahirkan sebuah pertemuan
Tuhan yang menguji dengan perpisahan
Kini ditakdirkan bertemu semula

Usah persia
Peluang yang ada
Begitu sahaja
Ini detiknya
Kasih dan sayang
Ditaut semula

Kita tidak mungkin mampu mengulangi masa
Hujan takkan balik ke langit semula
Jemputlah kenangan yang terindah saja

Cinta telah menzahirkan sebuah pertemuan
Tuhan yang menguji dengan perpisahan
Kini ditakdirkan bertemu semula

Kita tidak mungkin mampu mengulangi masa
Hujan takkan balik ke langit semula
Jemputlah kenangan yang terindah saja
Pengirim : peminat
30/04/2017   ambil lirik   17753 klik