a . b . c . d . e . f . g . h . i . j . k . l . m . n . o . p . q . r . s . t . u . v . w . x . y . z . all

Analisa

Album : Gema Perjuangan
Munsyid : Shoutul Amal
http://liriknasyid.com


Analisa, analisa analisa siapa kita

Adakah mengucap kalimah syahadah
Solat lima waktu puasa zakat
Pergi ke Mekah tunaikan haji
Telah dikira Muslim sejati

Sedangkan sembahyang tiada kekhusyukan
Puasa dikerja banyak kekurangannya
Keluarkan zakat kerana terpaksa
Tunai Haji untuk pangkat dan nama
Analisa, analisa, adakah Islam sempurna

Kita mengaku adanya Tuhan
Namun larangan tetap dilakukan
Ada malaikat kiri dan kanan
Tidak diendah akan kehadiran

Percaya Rasul dan para nabi
Sunnah mereka tidak dituruti
Quran dibaca tiada penghayatan
Intipatinya tidak diamalkan

Hidup akhirat engkau yakini
masih mengejar nikmat duniawi
Qadha dan Qadar telah ditentukan
Ditimpa musibah
hilang redha dan kesabaran

Analisa, analisa,
adakah Iman sempurna

Makhluk termulia di mayapada
Kerana tinggi akhlak dan taqwa
Tapi sekiranya ia tiada
Renungkanlah diri cari jawapannya

Analisa...Setinggi manakah taqwa
Analisa...Semulia manakah kita
Analisa...Adakah kita hamba kepada-Nya
tanyalah diri kita

Lirik: Mohd Firdaus Sahidin
Lagu: Megat MS/Mohd Firdaus
Hakcipta: Lambaian Kasih Productions.

Pengirim : Asyraff Hafdzan

------------------------------------------------------------------------------------------
Dapatkan lirik-lirik nasyid di http://www.liriknasyid.com
eXpresi PENYEGARAN diri
------------------------------------------------------------------------------------------
[submit 01/09/2004] . [ambil lirik] . [10426 klik]


Ada 22 Komentar terhadap lirik "Analisa"

Silahkan mengisi komentar



«-- Ketik : bismillah •

  • 03/02/2012 07:59:43 baca p0n boley dari skunk kt indonesia:
    lagu nie tuk sy nk rakan2 yg knl sy....syy ada wt nasyid time nasyik pingkst kebengsaan n sekkolah n negeri
  • 13/05/2011 23:31:19 anwar dari bandar puncak alam:
    analisa
  • 15/03/2011 05:30:16 hamim dari sabak bernam:
    sedangkan sembahyang taida kekhusyukan,puasa dikerja banyak kekurangan keluarkan zakat kerana terpaksa tunai haji utuk pangkat nama....banyak terjadi kat manusia....
  • 05/01/2011 10:02:59 hanie dari sungai petani:
    lgu ni bleh mnginsafkn sspa yg mndgar dn mnghyatinya..
  • 29/12/2010 10:08:19 sesiapa pun boleh dari malaysia:
    tahun 2006 , ada pertandingan dekat shah alam , nasyid ni menang johan .