a . b . c . d . e . f . g . h . i . j . k . l . m . n . o . p . q . r . s . t . u . v . w . x . y . z . all

Ubatan Hakiki

Album : Hijrah
Munsyid : UNIC feat. Fadzli FAREAST
http://liriknasyid.com


UBATAN HAKIKI
Artis : UNIC feat. Fadzli FAREAST
Album : Hijrah

Wahai hamba yang mukminin
Takdir itu Allah yang tentu
Bangunkan hati penuh yakin
Sakit dan sihat dari yang Satu

Dari rasa hati gelisah
Tenang tenangkan dengan pasrah
Kenangkanlah dosa yang sudah
Kepada Allah kita berserah

Dalam diam banyak istighfar
Solat taubat terus menerus
Harta yang ada banyak diinfak
Zikir pula janganlah putus

Jangan sekali berputus asa
Rahmat Tuhan luas tersedia
Kesembuhan kan berlaku jua
Alam syahadah atau alam baqa'

Kita ini yang bernama hamba
Pasti sekali melakukan dosa
Sakit itu gugurlah semua
Mudah-mudahan dikurniakan syurga

Berubat itu satu usaha
Hakikat sembuh dari yang Esa
Jangan sampai mensyirikkan-Nya
Dengan amalan yang diada-ada

Ubatan dan amalan perlu berhati
Moga sakit jadi kaffarah
Tauhid itu ubatan hakiki
Sembuh juga daripada Allah

Lagu : Fadzli FAREAST
Lirik : Tn Hj Ismail b Ahmad
Penerbit : Fadzli FAREAST dan Bazli UNIC
Susunan Muzik : Along Exist
Hakcipta : HPA Industries Sdn Bhd


Pengirim : Asyraff Hafdzan bin Abdullah

------------------------------------------------------------------------------------------
Dapatkan lirik-lirik nasyid di http://www.liriknasyid.com
eXpresi PENYEGARAN diri
------------------------------------------------------------------------------------------
[submit 18/04/2011] . [ambil lirik] . [3497 klik]


Metode Granada
Ada 2 Komentar terhadap lirik "Ubatan Hakiki"

Silahkan mengisi komentar



«-- Ketik : bismillah •

  • 16/06/2014 18:08:29 hashim dari kota bharu:
    Assalam, saya nak lagu ni tp tak tahu mcm mana nak dptkannya, dah puas cari dlm internet tp tak dpt. Blh tlg tak saya???? Plzzzz
  • 16/06/2011 21:35:17 afiqah dari kelantan:
    lirik yang menyentuh kalbu