Tidak sesukar mana untuk aku fahami
Apa yang sedang cuba disampaikan
Badai bencana yang telah menimpa diri
Apakah mungkin hadir sebuah keinsafan
Dulu hidupku penuh dengan warna-warni
Dikurniakan Tuhan segala yang aku ingini
Dan aku hidup leka , hanyut dalam kelalaian
Sehingga semuanya hilang dan teruspergi..
meninggalkan…
c/o1
Oh inikah pembalasan yang perlu aku tanggungi
Di atas kesilapan yang tak pernah aku peduli
Tidak terdaya aku menghadapi semua ini
Terasa sungguh lemah dan naif diri ku ini
c/o2
Seandainya bisa ku memutar kembali masa
Tidak sesekali akan ku lakukan semua itu
Ku menghamburkan tangis, kekesalan dirasa
Oh Tuhan , Kau ampunkanlah hamba-Mu
Ku sesali segalanya…..
Tekad ku menempuh hidup yang baru
Kerana ku yakin Tuhan ada bersamaku
Dia Pengampun, Maha Pengasih
Ku tunduk pada rahmat kasih sayang … Rabbul Izzati….
lagu ciptaan : abg-long (MPC)
susunan muzik : abg-long (MPC)
lirik : abg-long (MPC)
untuk muat turun lagu versi asal sila klik --> http://www.mypolycampus.net/Ku_Sesali_Segalanya_-_AbgLong_MPC.zip
untuk undangan ke persembahan sila hubungi no talian 0179212131 atau email webmaster@mypolycampus.net
