a . b . c . d . e . f . g . h . i . j . k . l . m . n . o . p . q . r . s . t . u . v . w . x . y . z . all


Muhasabah Ramadhan
Album : Nur Syawal
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com


Hari raya hari kemenangan
Hari kesyukuran dilimpahi kemuliaan
Di lipatan seni mehnah
Ada maksud murni yang lebih hakiki

Pada nafsu yang dilentur lapar dahaga
Pada fikiran disinar wahyu dan sabda
Pada hati bersih di solat tarawih
Apakah semuanya telah dimiliki

Puasa mengajar erti ketabahan
Menghadap ujian berlandaskan iman
Puasa perisai yang sangat maknawi
Penyinkap hijab antara hamba dengan Illahi

Puasa sempurna menahan rohani dan rasa
Puasa sederhana menahan indera dan juga anggota
Puasa biasa hanya melawan lapar dan dahaga
Lalu di manakah puasa kita
Adakah masih di tahap lama

Lalu muhasabah di hujung Ramadhan
Sudahkah terbangun jiwa teguh dankukuh
Atau kolam jiwa masih tercemar keruh
Bersembilu dosa duri angkara

Ketika bertahmid, bertakbir, bertasbih
Terasakah ita hamba Illahi
Yang hanya mampu mengukir tadbir
Sedangkan padaNya segala takdir

Pengirim : sumayyah_firstmartyr

------------------------------------------------------------------------------------------
Donwload dan install lyrics plugins winamp atau XMMS
untuk me-load lirik diatas secara otomatis
Dapatkan lirik -lirik nasyid di http://liriknasyid.com
eXpresi PENYEGARAN diri
------------------------------------------------------------------------------------------
[submit 10/10/05] . [ambil lirik] . [1737 klik]

Ada 1 Komentar terhadap lirik "Muhasabah Ramadhan"



Ketik : bismillah

27/11/2006 04:45:44 usop dari kl:
terdapat kesalahan bahasa dalam lirik ini pada rangkap empat, kenapa perlu manahan indera?? Indera bermaksud dewa, kenapa perlu manahan dewa?? mungkin penulis lirik ini bermaksudkan pancaindera tetapi nak disesuaikan denagn lirik, tinggal indera sahaja. sepatutnya penulis lirik ini memeriksa setiap patah perkataannya terlebih dahulu bukan main tulis sahaja ikut sedap bahasa saya akui lirik lagu ni memang best tapi disebabkan satu perkataan tu, ia rosak seluruhnya. harap maklum. Wassalam


Lirik Nasyid © 2004-2006 Konsep & design by kank_agus, programming by achedy
Hosting Supported by muntada.com