a . b . c . d . e . f . g . h . i . j . k . l . m . n . o . p . q . r . s . t . u . v . w . x . y . z . all

Kasih Ibu Bapa

Album : Tafakur
Munsyid : Zikraa
http://liriknasyid.com


Mari-mari kita sejenak mengingat
Kasih ibu bapa yang tiada terkira
Walaupun dirinya letih dan penat
Namun di wajahnya tetap bergembira

Cubalah bayangkan kasih ibu bapa
Yang mengasuh kita petang dan pagi
Hanyalah dibayang banyaklah yang lupa
Setelah dewasa tak terkenang lagi

Wahai rang muda janganlah lupa
Taatlah kepada dua ibu bapa
Jangan-jangan-jangan andakan menjadi
Anak yang derhaka pada ibu bapa

Balasan di dunia dah banyak terjadi
Berbagai derita yang datang menimpa
Bila ibu bapa dah dibawa pergi
Menuju pusara meninggalkan kita
Baginya permata tak berguna lagi
Selain doa dari anak yang bertaqwa

Lagu : Amaluddin (Hakcipta Amaluddin)
Lirik : Copyright Controlled
Solo : Hasnol Jamal

Pengirim : Asyraff Hafdzan

------------------------------------------------------------------------------------------
Dapatkan lirik-lirik nasyid di http://www.liriknasyid.com
eXpresi PENYEGARAN diri
------------------------------------------------------------------------------------------
[submit 02/09/2004] . [ambil lirik] . [2867 klik]

Ada 3 Komentar terhadap lirik "Kasih Ibu Bapa"

Silahkan mengisi komentar



«-- Ketik : bismillah •

  • 15/12/2009 00:37:08 Abdullah dari penang:
    siapa penyanyi asal dan komposer lagu ni? saya dah cari banyak tapi semua copyright control. lagu ni mengingatkan saya semasa kecil dan beberapa buah lagu yang tak dapat saya cari. Kalau saya dapat tahu siapa komposer lagu ini pasti akan dapat saya cari lagu2 yg lain :)
  • 23/11/2008 20:06:07 mohd syahid dari melaka:
    lagu asal kumpulan nasyid al-arqam iaitu nada murni sekarang lebih dikenali dengan nama rabbani dan hijjaz.
  • 30/06/2006 16:39:03 khairul bariyah dari taiping:
    Saya sukakan lirik lagu Kasih Ibu Bapa ini. Ia perlu diperdengarkan dikaca tv agar para remaja sekarang tahu betapa susah payah mereka selama ini membesarkan mereka. Dan bagaimana menghormati, menyanyangi mereka dengan seada-adanya.