-
07/03/2008 04:44:32 mizznorr
dari putrajaya:
lirik x lengkap..
please update..
rangkap kedua dan ketiga x de...
-
06/06/2007 10:58:08 hisan
dari datoh:
KomentarHabil & Qabil
Album : Halawatul Iman
Munsyid : Far East
http://liriknasyid.com
Terpercik darah di bumi renta
Permulaan kisah satu pembunuhan manusia
Hasad dengki menyalakan sengketa
Dendam jua kesumat terus membara
habil qabil putera adam yg tercinta
kurniaan tuhan yg cukup memberi bhgia
habil dimusuhi kerana iqlima
qabil membantah penuh kecewa
dengan keikhlasan dan hati yg bersih
habil memberi ternakan terbaik
qabil memberi tanaman yg tersisa
menunjukkan pengorbanan yg terpaksa
Antara Habil mahupun Qabil
Tersingkap hikmah dari kisah mereka
Insan mudah tergoda dek iblis durjana
Damai sirna sengketa bertakhta
Hasad dan dengki pemula khianat
Pencetus dendam pembiak kesumat
Dosa dan pahala syurga dan neraka
Dua pilihan di tangan manusia
-
06/06/2007 00:57:52 husna
dari selangor:
lirik lagu nie tak habis, nak lagi boleh tak?
-
25/02/2007 10:17:11 MUNSYIDEEN
dari Kuala Lumpur:
tu lirik lengkap dari munsyideen anak buah Fareast
-
25/02/2007 10:09:08 MUNSYIDEEN
dari Kuala Lumpur:
Terpercik darah di bumi renta
Permulaan kisah satu pembunuhan manusia
Hasad dengki menyalakan sengketa
dendam jua kesumat terus membara
Habil Qabil putera Adam yang tercinta
Kurniaan yang cukup memberi bahagia
Habil dimusuhi kerana Iqlima
Qabil membantah penuh kecewa
Dengan keikhlasan hati yang bersih
Habil korbankan ternakan terbaik
Qabil memberikan tanaman yang tersisa
Menggambarkan pengorbanan yang terpaksa
Bermulalah perang dua saudara
Dalam sejarah peradaban manusia
Ketulusan Habil merelakan pengorbanan
Dihadiahkan maut oleh Si Qabil yang baran
Antara Habil mahupun Qabil
Tersingkap hikmah dari kisah mereka
Insan mudah tergoda dek iblis durjana
Damai sirna sengketa bertakhta
Hasad dan dengki pemula khianat
Pencetus dendam pembiak kesumat
Dosa dan pahala syurga dan neraka
Dua pilihan di tangan manusia